Tuesday, August 16, 2011

Hari Kecemerlangan & Apresiasi Seni 2011

Hari Kecemerlangan & Apresiasi Seni (HKAS11) merupakan salah satu program yang melibatkan semua pelajar di bawah PPBKKM. Program yang berlangsung selama 3 hari ini menjadi salah satu tempat untuk mahasiswa/i menunjukkan bakat serta kemahiran dalam pelbagai acara yang diadakan. Pada sesi 2010/2011, HKAS11 melibatkan semua pelajar tahun 1, 2 dan 3 dari ketiga-tiga program iaitu Program Pengajian Bahasa, Program Persuratan Melayu dan Program Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Pada kali ini, pelbagai pertandingan dan program diadakan seperti Pertandingan Pantun, Pameran, Deklamasi Sajak, Diskusi dan Permainan Tradisional diadakan. HKAS11 ini mendapat bukan hanya mendapat sambutan daripada pelajar tetapi juga termasuk pensyarah dan kakitangan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Bertemakan "Apresiasi Seni Pemangkin Kecemerlangan Insan" telah berjaya mencapai objektif yang digariskan antaranya, mengeratkan silaturahim antara ahli Kelab Pengajian Melayu dan juga mencungkil bakat yang ada pada ahli kelab.

Pameran

Pertandingan Menganyam Ketupat

Pemeragaan Busana Melayu

Pertandingan Pantun

Deklamasi Puisi

Pertandingan Congkak

Persembahan Budaya

Pertandingan Gubahan Bunga

2 comments:

  1. Mahasiswa KPM
    saya senang melihat wujudnya blog ini. ia wajar dikemaskinikan dan ditumbuhkan terus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Dr.Mawar kerana sudi singgah,
      insyaAllah akan kami terus usahakan usaha ini!

      Delete