Monday, August 15, 2011

Tahniah & Selamat Datang kepada Mahasiswa/I Baru


Tahniah dan Syabas kepada Mahasiswa/I yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Seluruh warga Kelab Pengajian Melayu amat berbesar hati dan gembira menerima kedatangan rakan-rakan semua yang akan menjadi sebahagian daripada keluarga kami di Kelab Pengajian Melayu ini. Untuk makluman semua, Kelab Pengajian Melayu merupakan sebuah organisasi yang aktif di Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK). Pelbagai aktiviti telah dijalankan bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli yang berada di dalam kelab untuk menjalankan sesebuah aktiviti selain menambah ilmu pengetahuan dan merapatkan hubungan silaturahim antara ahli kelab. Kelab Pengajian Melayu menggabungkan pelajar di bawah Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (PPBKKM) iaitu dari Program Pengajian Bahasa, Program Persuratan Melayu dan Program Kebudayaan & Kesenian Melayu. Walaubagaimanapun, Program Kebudayaan dan Kesenian Melayu tidak lagi ditawarkan di bawah PPBKKM mulai sesi 2011/2012. Semoga kita berjumpa pada semester baru pada 12 September 2011 ini dan Selamat Datang ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment