Monday, October 15, 2012

Tahniah & Selamat Datang ke UKM

Ilmu Mutu Dan Budi
Seluruh warga Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada mahasiswa dan mahasiswi baru yang berjaya melanjutkan pengajian di UKM khususnya di PPBKKM. Tahniah dan Syabas!

Selamat Hari Raya

Raikan Lebaran Penuh Kesyukuran
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!

Wednesday, July 18, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah
 dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka.

Monday, July 16, 2012

Yang Di Pertua KPM 2012/2013


Sdr. Iqbal Zahil B. Rosli
Yang Di Pertua KPM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua warga Kelab Pengajian Melayu, para penasihat sama ada yang baru dan yang lama. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada En. Che Abdullah Che Ya atas lantikan sebagai penasihat baru bagi kelab ini. Bersyukur kepada Allah SWT dan selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana masih diberi kesempatan hidup untuk berbakti kepada sesama manusia. Jutaan terima kasih kepada semua warga Kelab Pegajian Melayu kerana dengan rela dan sedaya upayanya bertungkus lumus dalam menjayakan setiap program yang dianjurkan.
Pada sesi-sesi yang lepas kita telah melihat kejayaan KPM dalam menganjurkan program–program seperti Hari Interaksi Pelajar Tahun 1, bicara atau diskusi yang melibatkan tokoh-tokoh penulis tanah air, HKAS, sukan dan makan malam bagi pelajar tahun akhir. Pelbagai perit getir yang kita semua lalui dan segala apa yang terjadi akan terpahat di hati kita semua dan kekal sebagai kenangan terindah yang tiada galang gantinya. Perlulah kita ingat bahawa kerjasama adalah perkara penting dalam apa jua program yang bakal kita anjurkan. Bagi sesi berikutnya, saya selaku individu yang dipertanggungjawab untuk meneraju kelab ini berharap agar kelima-lima program yang bakal diadakan bakal mendapat sambutan manakala dari segi mutu pengurusannya pula akan bertambah baik. Segala jawatan yang diberikan adalah amanah maka amanah perlulah dilaksanakan tanpa mengira kepentingan sendiri.
Oleh itu, sekali lagi saya berharap agar kita semua dapat bersama memberi sokongan penuh kepada kelab agar segala perancangan akan berjalan lancar, insyaAllah. Wasslam.

Wednesday, July 11, 2012

Mesyuarat Agung Tahunan KPM

Semua Ahli KPM diminta menghadirkan diri pada Mesyuarat Agung Tahunan 2011/2012 KPM bagi mendengar dan mengesahkan laporan tahunan kelab dan seterusnya memilih pucuk pimpinan kelab yang baru bagi sesi 2012/2013


Majlis Makan Malam Graduan PPBKKM 2012

Kelab Pengajian Melayu dengan kerjasama Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu telah sekali lagi menganjurkan Majlis Makan Malam Graduan PPBKKM 2012 yang bertemakan Simpulan Kasih Bersemi Selamanya pada 11 Mei 2012 di Swiss Garden and Residences, Kuala Lumpur.

Majlis Makan Malam yang dikhaskan untuk
Mahasiswa tahun akhir

Pendaftaran para jemputan

Antara yang hadir

Ucapan Ketua Pengarah

Dr. Yusmilayati bersama suami tercinta

Sedap tak?

Terima Kasih semua!

Persembahan khas oleh Dr. Zubir dan pelajar

Pn. Sa'adiah bersama para jelitawan

Tahniah Kumpulan Pantun KPM

Warga KPM mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemantun yang mewakili KPM pada tahun ini kerana berjaya mempertahankan kemenangan pada Pesta Pantun UKM 2012. Terima kasih kerana mengharumkan nama PPBKKM dan KPM!

TAHNIAH
Dari Kanan: Sdr. Munawar, Sdr. Husneeya, Sdr. Ain, dan
Sdr. Shukri