Monday, July 16, 2012

Yang Di Pertua KPM 2012/2013


Sdr. Iqbal Zahil B. Rosli
Yang Di Pertua KPM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua warga Kelab Pengajian Melayu, para penasihat sama ada yang baru dan yang lama. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada En. Che Abdullah Che Ya atas lantikan sebagai penasihat baru bagi kelab ini. Bersyukur kepada Allah SWT dan selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana masih diberi kesempatan hidup untuk berbakti kepada sesama manusia. Jutaan terima kasih kepada semua warga Kelab Pegajian Melayu kerana dengan rela dan sedaya upayanya bertungkus lumus dalam menjayakan setiap program yang dianjurkan.
Pada sesi-sesi yang lepas kita telah melihat kejayaan KPM dalam menganjurkan program–program seperti Hari Interaksi Pelajar Tahun 1, bicara atau diskusi yang melibatkan tokoh-tokoh penulis tanah air, HKAS, sukan dan makan malam bagi pelajar tahun akhir. Pelbagai perit getir yang kita semua lalui dan segala apa yang terjadi akan terpahat di hati kita semua dan kekal sebagai kenangan terindah yang tiada galang gantinya. Perlulah kita ingat bahawa kerjasama adalah perkara penting dalam apa jua program yang bakal kita anjurkan. Bagi sesi berikutnya, saya selaku individu yang dipertanggungjawab untuk meneraju kelab ini berharap agar kelima-lima program yang bakal diadakan bakal mendapat sambutan manakala dari segi mutu pengurusannya pula akan bertambah baik. Segala jawatan yang diberikan adalah amanah maka amanah perlulah dilaksanakan tanpa mengira kepentingan sendiri.
Oleh itu, sekali lagi saya berharap agar kita semua dapat bersama memberi sokongan penuh kepada kelab agar segala perancangan akan berjalan lancar, insyaAllah. Wasslam.

No comments:

Post a Comment