![]() |
| Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka. |
Wednesday, July 18, 2012
Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak
Monday, July 16, 2012
Yang Di Pertua KPM 2012/2013
![]() |
| Sdr. Iqbal Zahil B. Rosli Yang Di Pertua KPM |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua warga Kelab
Pengajian Melayu, para penasihat sama ada yang baru dan yang lama. Di kesempatan
ini saya ingin mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada En. Che Abdullah Che Ya atas lantikan sebagai penasihat baru bagi kelab ini. Bersyukur
kepada Allah SWT dan selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW
kerana masih diberi kesempatan hidup untuk berbakti kepada sesama manusia.
Jutaan terima kasih kepada semua warga Kelab Pegajian Melayu kerana dengan rela
dan sedaya upayanya bertungkus lumus dalam menjayakan setiap program yang
dianjurkan.
Pada sesi-sesi yang lepas kita telah melihat kejayaan KPM dalam
menganjurkan program–program seperti Hari Interaksi Pelajar Tahun 1, bicara
atau diskusi yang melibatkan tokoh-tokoh penulis tanah air, HKAS, sukan dan
makan malam bagi pelajar tahun akhir. Pelbagai perit getir yang kita semua
lalui dan segala apa yang terjadi akan terpahat di hati kita semua dan kekal
sebagai kenangan terindah yang tiada galang gantinya. Perlulah kita ingat
bahawa kerjasama adalah perkara penting dalam apa jua program yang bakal kita
anjurkan. Bagi sesi berikutnya, saya selaku individu yang dipertanggungjawab untuk
meneraju kelab ini berharap agar kelima-lima program yang bakal diadakan bakal
mendapat sambutan manakala dari segi mutu pengurusannya pula akan bertambah baik.
Segala jawatan yang diberikan adalah amanah maka amanah perlulah dilaksanakan
tanpa mengira kepentingan sendiri.
Oleh itu, sekali lagi saya berharap agar kita semua dapat bersama memberi sokongan penuh kepada kelab agar segala perancangan akan berjalan lancar, insyaAllah. Wasslam.
Wednesday, July 11, 2012
Mesyuarat Agung Tahunan KPM
Semua Ahli KPM diminta menghadirkan diri pada Mesyuarat Agung Tahunan 2011/2012 KPM bagi mendengar dan mengesahkan laporan tahunan kelab dan seterusnya memilih pucuk pimpinan kelab yang baru bagi sesi 2012/2013
Majlis Makan Malam Graduan PPBKKM 2012
Kelab Pengajian Melayu dengan kerjasama Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu telah sekali lagi menganjurkan Majlis Makan Malam Graduan PPBKKM 2012 yang bertemakan Simpulan Kasih Bersemi Selamanya pada 11 Mei 2012 di Swiss Garden and Residences, Kuala Lumpur.
![]() |
| Majlis Makan Malam yang dikhaskan untuk Mahasiswa tahun akhir |
![]() |
| Pendaftaran para jemputan |
![]() |
| Antara yang hadir |
![]() |
| Ucapan Ketua Pengarah |
![]() |
| Dr. Yusmilayati bersama suami tercinta |
![]() |
| Sedap tak? |
![]() |
| Terima Kasih semua! |
![]() |
| Persembahan khas oleh Dr. Zubir dan pelajar |
![]() |
| Pn. Sa'adiah bersama para jelitawan |
Tahniah Kumpulan Pantun KPM
Pertandingan Tenpin Boling 2012
Kelab Pengajian Melayu telah menganjurkan pertandingan Tenpin Boling pada tahun ini. Penyertaan yang dibuka kepada semua warga PPBKKM telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Pertandingan ini berlangsung di Kajang Metro Point Superbowl pada 22 April 2012. Pertandingan ini turut disertai kakitangan PPBKKM bersama keluarga dan pelajar PPBKKM. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.
![]() |
| Superbowl Metro Point Kajang dipenuhi warga PPBKKM |
![]() |
| Boleh strike ke? |
![]() |
| Boling! |
![]() |
| Jawatankuasa Hadiah & Cenderamata, Sdr. Ilani |
![]() |
| Semangat Kesukanan |
![]() |
| Terima Kasih kepada semua! |
![]() |
| Iqbal menunjukkan skill boling |
Hari Kecemerlangan & Apresiasi Seni 2012
Hari Kecemerlangan & Apresiasi Seni 2012 (HKAS) telah berjaya dijalankan dengan jayanya bermula dengan Pertandingan Pantun pada 3 hingga 5 April 2012 dan kemuncak HKAS pada 24 hingga 26 April 2012. Pelbagai acara telah diadakan dan mendapat sambutan dari seluruh warga PPBKKM dan warga FSSK seperti pertandingan congkak, batu seremban, deklamasi puisi, pidato, forum, persembahan budaya dan sebagainya. Warga KPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan HKAS pada tahun ini!
![]() |
| Pertandingan Batu Seremban |
![]() |
| Pertandingan Congkak |
![]() |
| Forum |
![]() |
| Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah |
![]() |
| Dr. Zubir mewakili barisan Penasihat KPM menyampaikan ucapan aluan |
![]() |
| Salah seorang peserta mendeklamasikan puisi |
![]() |
| Pertandingan Pantun Peringkat Akhir |
![]() |
| Terima kasih kepada yang hadir! |
![]() |
| Acara Mengubah Bunga |
![]() |
| Pertandingan Menganyam Ketupat |
Subscribe to:
Comments (Atom)





























