Monday, October 15, 2012

Tahniah & Selamat Datang ke UKM

Ilmu Mutu Dan Budi
Seluruh warga Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada mahasiswa dan mahasiswi baru yang berjaya melanjutkan pengajian di UKM khususnya di PPBKKM. Tahniah dan Syabas!

Selamat Hari Raya

Raikan Lebaran Penuh Kesyukuran
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!

Wednesday, July 18, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah
 dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka.

Monday, July 16, 2012

Yang Di Pertua KPM 2012/2013


Sdr. Iqbal Zahil B. Rosli
Yang Di Pertua KPM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua warga Kelab Pengajian Melayu, para penasihat sama ada yang baru dan yang lama. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada En. Che Abdullah Che Ya atas lantikan sebagai penasihat baru bagi kelab ini. Bersyukur kepada Allah SWT dan selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana masih diberi kesempatan hidup untuk berbakti kepada sesama manusia. Jutaan terima kasih kepada semua warga Kelab Pegajian Melayu kerana dengan rela dan sedaya upayanya bertungkus lumus dalam menjayakan setiap program yang dianjurkan.
Pada sesi-sesi yang lepas kita telah melihat kejayaan KPM dalam menganjurkan program–program seperti Hari Interaksi Pelajar Tahun 1, bicara atau diskusi yang melibatkan tokoh-tokoh penulis tanah air, HKAS, sukan dan makan malam bagi pelajar tahun akhir. Pelbagai perit getir yang kita semua lalui dan segala apa yang terjadi akan terpahat di hati kita semua dan kekal sebagai kenangan terindah yang tiada galang gantinya. Perlulah kita ingat bahawa kerjasama adalah perkara penting dalam apa jua program yang bakal kita anjurkan. Bagi sesi berikutnya, saya selaku individu yang dipertanggungjawab untuk meneraju kelab ini berharap agar kelima-lima program yang bakal diadakan bakal mendapat sambutan manakala dari segi mutu pengurusannya pula akan bertambah baik. Segala jawatan yang diberikan adalah amanah maka amanah perlulah dilaksanakan tanpa mengira kepentingan sendiri.
Oleh itu, sekali lagi saya berharap agar kita semua dapat bersama memberi sokongan penuh kepada kelab agar segala perancangan akan berjalan lancar, insyaAllah. Wasslam.

Wednesday, July 11, 2012

Mesyuarat Agung Tahunan KPM

Semua Ahli KPM diminta menghadirkan diri pada Mesyuarat Agung Tahunan 2011/2012 KPM bagi mendengar dan mengesahkan laporan tahunan kelab dan seterusnya memilih pucuk pimpinan kelab yang baru bagi sesi 2012/2013


Majlis Makan Malam Graduan PPBKKM 2012

Kelab Pengajian Melayu dengan kerjasama Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu telah sekali lagi menganjurkan Majlis Makan Malam Graduan PPBKKM 2012 yang bertemakan Simpulan Kasih Bersemi Selamanya pada 11 Mei 2012 di Swiss Garden and Residences, Kuala Lumpur.

Majlis Makan Malam yang dikhaskan untuk
Mahasiswa tahun akhir

Pendaftaran para jemputan

Antara yang hadir

Ucapan Ketua Pengarah

Dr. Yusmilayati bersama suami tercinta

Sedap tak?

Terima Kasih semua!

Persembahan khas oleh Dr. Zubir dan pelajar

Pn. Sa'adiah bersama para jelitawan

Tahniah Kumpulan Pantun KPM

Warga KPM mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemantun yang mewakili KPM pada tahun ini kerana berjaya mempertahankan kemenangan pada Pesta Pantun UKM 2012. Terima kasih kerana mengharumkan nama PPBKKM dan KPM!

TAHNIAH
Dari Kanan: Sdr. Munawar, Sdr. Husneeya, Sdr. Ain, dan
Sdr. Shukri

Pertandingan Tenpin Boling 2012

Kelab Pengajian Melayu telah menganjurkan pertandingan Tenpin Boling pada tahun ini. Penyertaan yang dibuka kepada semua warga PPBKKM telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Pertandingan ini berlangsung di Kajang Metro Point Superbowl pada 22 April 2012. Pertandingan ini turut disertai kakitangan PPBKKM bersama keluarga dan pelajar PPBKKM. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.

Superbowl Metro Point Kajang dipenuhi warga PPBKKM

Boleh strike ke?

Boling!

Jawatankuasa Hadiah & Cenderamata, Sdr. Ilani

Semangat Kesukanan

Terima Kasih kepada semua!

Iqbal menunjukkan skill boling

Hari Kecemerlangan & Apresiasi Seni 2012

Hari Kecemerlangan & Apresiasi Seni 2012 (HKAS) telah berjaya dijalankan dengan jayanya bermula dengan Pertandingan Pantun pada 3 hingga 5 April 2012 dan kemuncak HKAS pada 24 hingga 26 April 2012. Pelbagai acara telah diadakan dan mendapat sambutan dari seluruh warga PPBKKM dan warga FSSK seperti pertandingan congkak, batu seremban, deklamasi puisi, pidato, forum, persembahan budaya dan sebagainya. Warga KPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan HKAS pada tahun ini!

Pertandingan Batu Seremban

Pertandingan Congkak

Forum

Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah

Dr. Zubir mewakili barisan Penasihat KPM menyampaikan
ucapan aluan

Salah seorang peserta mendeklamasikan puisi

Pertandingan Pantun Peringkat Akhir

Terima kasih kepada yang hadir!

Acara Mengubah Bunga

Pertandingan Menganyam Ketupat

Thursday, March 15, 2012

Perjumpaan Pertama Bersama AJK Pelaksana Hari Kecemerlangan & Apresiasi Seni 2012

Satu perjumpaan bersama Ahli Jawatankuasa Pelaksana Hari Kecemerlangan dan Apresiasi Seni 2012 telah diadakan bertempat di 3B301 pada 15 Mac 2012. Perjumpaan bersama ini diadakan untuk memberi taklimat berhubungan program HKAS yang akan berlangsung pada 24-26 April 2012. Hampir 100 orang AJK telah hadir ke perjumpaan yang diadakan. Terima kasih atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan!

Taklimat oleh Ketua Pengarah, Sdr. Supiah

Ucapan oleh Penasihat KPM, Pn. Sa'adiah

Ucapan oleh Penasihat, Dr. Yusmilayati

Antara AJKP yang Hadir

Sesi Taklimat

Ucapan YDP KPM, Sdr. Alif

Terima Kasih dan Selamat Datang AJKP HKAS'12

Tuesday, March 13, 2012

Pertandingan Tenpin Bowling PPBKKM 2012



SYARAT PENYERTAAN:
1. Terbuka kepada semua warga PPBKKM.
2. Yuran penyertaan RM15.00(seorang)/ RM60.00 (satu kumpulan)
3. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang (ahli kumpulan boleh bergabung dengan warga PPBKKM termasuk pensyarah dan pelajar dari program dalam PPBKKM walaupun tahun pengajian  yang berbeza)
4. Hanya 30 kumpulan pertama yang mendaftar akan diterima penyertaan.
5. Tarikh tutup penyertaan pada 30 Mac 2012.
6. Bayaran boleh dibuat di Bilik Kelab Pengajian Melayu.
7.Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Amir (010-573 6996) atau Saudari Supiah (013-449 7982)

Wednesday, January 18, 2012

Perutusan YDP Kelab Pengajian Melayu


Saudara Mohamad Norzaharudin
Yang Di Pertua, KPM

Assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera dan Salam 1 Kelab Pengajian Melayu. Pertama sekali saya ucapkan syukur Alhamdulillah dan tahniah kepada semua pelajar yang bernaung di bawah pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (PPBKKM) sama ada pelajar tahun 1, 2 atau 3 kerana telah berjaya menamatkan peperiksaan akhir semseter 1 sesi 2011/2012 dengan jayanya.
                Saya percaya anda semua telah membuat segala yang terbaik dan sehabis mungkin untuk diri sendiri dalam menjawab peperiksaan akhir tersebut. Semoga kita semua akan memperolehi keputusan yang cemerlang. Oleh itu sempena cuti semester yang bakal tiba ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang bernaung di bawah pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu.
          Kepada mereka yang balik bercuti menggunakan kenderaan sendiri berhati-hati di jalan raya dan sila amalkan pemanduan berhemah untuk kesenangan diri kita sendiri dan orang lain. Manakala kepada siswa dan siswi yang berada di tahun 3 manfaatkan cuti semester anda kali ini dengan sebaiknya dengan menyiapkan latihan ilmiah. Kepada yang lain jangan terlalu leka dengan cuti semester ini sehingga lupa untuk semester yang akan datang. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada mahasiswa dan mahasiswi berbangsa Cina.
Salam takzim dan selamat bercuti!

Friday, January 13, 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan

Pada 3 hingga 20 Januari 2012, semua pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia akan menduduki peperiksaan bagi semester 1 2011/2012. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon peperiksaan khususnya mahasiswa/i Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (PPBKKM) dari seluruh warga Kelab Pengajian Melayu. 

Semoga Beroleh Keputusan yang Cemerlang!

Program Bersama Tokoh Penulis Tanah Air

Pada 23 November 2011, Kelab Pengajian Melayu dengan kerjasama Persatuan Penulis Selangor telah mengadakan Program Bersama Tokoh Penulis Tanah Air Zurinah Hassan. Program berbentuk perbentangan kertas kerja dan perkongsian pengalaman bersama Dr. Zurinah Hassan sendiri telah memberi peluang kepada peserta program untuk berjumpa dan mengetahui pengalaman penulis yang berpengalaman luas dalam bidang penulisan kreatif. 

Sesi Berkongsi Pengalaman Bersama Dr. Zurinah Hassan

Pengerusi 1 Persatuan Penulis Selangor Turut Hadir

Dr. Zurinah Menanda Buku Tandatangan

Antara Perserta yang Hadir

Cenderamata Tanda Kenangan

Tetamu-tetamu Yang Hadir

Terima Kasih Dr. Zurinah Hassan

Hari Interaksi Pelajar Tahun 1 PPBKKM 2011

Hari Interaksi Pelajar Tahun 1 PPBKKM telah diadakan pada 8-9 Oktober 2011 bertempat di Makmal Pengajian Melayu, FSSK. Program yang diadakan selama 2 hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu tentang dunia kampus yang akan dilalui mereka selama 3 tahun. Selain itu, pelbagai pengisian program diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pelajar tahun 1 dan mengenali ahli jawatankuasa Kelab Pengajian serta aktiviti yang telah dijalankan. Selamat datang dan selamat menempuhi dunia kampus!

Sesi Pembentangan Kumpulan Baha Zain

Juri Memberi Komen

Sukaneka: Lari dik jangan jatuh sudah..

Sesi Pembetangan: Apa yang melucukan tu?

Sesi Pembentangan: Nasyid ke dik?

Sesi Bersama Ketua-Ketua Program

Ceramah oleh Dr. Zubir Idris

Tahniah dan Jumpa Lagi!