Tuesday, August 16, 2011

Hari Kecemerlangan & Apresiasi Seni 2011

Hari Kecemerlangan & Apresiasi Seni (HKAS11) merupakan salah satu program yang melibatkan semua pelajar di bawah PPBKKM. Program yang berlangsung selama 3 hari ini menjadi salah satu tempat untuk mahasiswa/i menunjukkan bakat serta kemahiran dalam pelbagai acara yang diadakan. Pada sesi 2010/2011, HKAS11 melibatkan semua pelajar tahun 1, 2 dan 3 dari ketiga-tiga program iaitu Program Pengajian Bahasa, Program Persuratan Melayu dan Program Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Pada kali ini, pelbagai pertandingan dan program diadakan seperti Pertandingan Pantun, Pameran, Deklamasi Sajak, Diskusi dan Permainan Tradisional diadakan. HKAS11 ini mendapat bukan hanya mendapat sambutan daripada pelajar tetapi juga termasuk pensyarah dan kakitangan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Bertemakan "Apresiasi Seni Pemangkin Kecemerlangan Insan" telah berjaya mencapai objektif yang digariskan antaranya, mengeratkan silaturahim antara ahli Kelab Pengajian Melayu dan juga mencungkil bakat yang ada pada ahli kelab.

Pameran

Pertandingan Menganyam Ketupat

Pemeragaan Busana Melayu

Pertandingan Pantun

Deklamasi Puisi

Pertandingan Congkak

Persembahan Budaya

Pertandingan Gubahan Bunga

Pertandingan Badminton

Pada 16 Januari 2011, telah berlangsung pertandingan badminton antara pelajar dan pensyarah di Dewan Gemilang bermula jam 8 pagi. Pertandingan ini telah mendapat sambutan daripada pelajar di PPBKKM dengan penyertaan seramai 16 kumpulan. Pertandingan ini turut dihadiri oleh Pengerusi PPBKKM, Prof. Madya Dr. Rahim Aman. Johan regu lelaki dimenangi oleh Mohd. Sofrie dan Mohd. Faisal dan regu perempuan dimenangi oleh Nurul Fitriah dan Raja Fadzlinda.

Johan Regu Perempuan, Nurul Fitriah & Raja Fadzlinda

Mohd. Fatihi Mengadili Pertandingan Antara Regu Lelaki

Dewan Gemilang Dipenuhi Warga Kelab Pengajian
Melayu

Semangat Kesukanan

Antara Peserta Yang Berebut Gelaran Juara

Antara Urusetia Bertugas

Ghaffar dan Azli, Mewakili Program Pengajian
Bahasa Tahun 2

Banner Pertandingan Badminton 2011 bertemakan
"Badan Sihat, Minda Cergas"

Bicara Karya Sastera 2010

Majlis Bicara Karya Sastera telah diadakan pada 14 Oktober 2010 bertempat di Makmal Pengajian Melayu, PPBKKM. Program ini merupakan program kerjasama antara Kelab Pengajuan Melayu, PPBKKM dan Persatuan Penulis Selangor (PPS). Program ini membicarakan tentang karya Sasterawan Negara ke-10 iaitu Dato’ Dr. Anwar Ridhwan yang juga hadir pada majlis tersebut. Ahli panel yang membentangkan kertas kerja mereka ialah Tuan Haji Hamzah Hamdani (PPS), Encik Mohd. Nazri Ahmad (PPBKKM) dan Tengku Marina (UM) dan moderator Dr. Karim Harun.

Ucapan Aluan Pengarah Program,
Saudara Mohd. Faiz Jumari

Peserta Memenuhi Ruang Makmal Pengajian Melayu

Tetamu Jemputan

Pembentangan Kertas Kerja oleh Tengku Marina dari
Universiti Malaya

Penyampaian Cenderamata Kepada Perasmi

Dato' Dr. Anwar Ridhwan dan Tn. Haji Hamzah

Peserta Tekun Mendengar Pembentangan

Moderator Dr. Karim Bersama Ahli Panel

Hari Interaksi Pelajar Tahun 1

Hari Interaksi Pelajar Tahun 1 merupakan aktiviti tahunan yang diadakan bagi menyambut kedatangan mahasiswa/I baru di PPBKKM. Pada sesi kemasukan 2010/2011, Hari Interaksi Pelajar Tahun 1 telah diadakan pada 10 Oktober 2010 bertempat di FSSK. Pelbagai aktiviti yang diadakan untuk memperkenalkan mahasiswa/I baru tentang dunia kampus seterusnya mengeratkan hubungan silatutrahim antara pelajar baru dan lama. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini!

Sesi Pembentangan Dalam Kumpulan

Peserta Kumpulan Menyiapkan Tugasan Yang Diberikan

Sesi Suaikenal Bersama Kumpulan

Ucapan Perasmian Penutupan Daripada
 Salah Seorang Penasihat Program, Puan Yusmilayati

Sukaneka 

Peserta Program Cukup Bersemangat Bersama Rakan
Pemudah Cara Nurul Ain Laganing 

Majlis Penyampaian Hadiah oleh Dr. Zubir Idris

Exco Yang Bertungkus-lumus Menjayakan Program

Monday, August 15, 2011

Tahniah & Selamat Datang kepada Mahasiswa/I Baru


Tahniah dan Syabas kepada Mahasiswa/I yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Seluruh warga Kelab Pengajian Melayu amat berbesar hati dan gembira menerima kedatangan rakan-rakan semua yang akan menjadi sebahagian daripada keluarga kami di Kelab Pengajian Melayu ini. Untuk makluman semua, Kelab Pengajian Melayu merupakan sebuah organisasi yang aktif di Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK). Pelbagai aktiviti telah dijalankan bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli yang berada di dalam kelab untuk menjalankan sesebuah aktiviti selain menambah ilmu pengetahuan dan merapatkan hubungan silaturahim antara ahli kelab. Kelab Pengajian Melayu menggabungkan pelajar di bawah Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (PPBKKM) iaitu dari Program Pengajian Bahasa, Program Persuratan Melayu dan Program Kebudayaan & Kesenian Melayu. Walaubagaimanapun, Program Kebudayaan dan Kesenian Melayu tidak lagi ditawarkan di bawah PPBKKM mulai sesi 2011/2012. Semoga kita berjumpa pada semester baru pada 12 September 2011 ini dan Selamat Datang ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

Thursday, April 21, 2011

Terima Kasih

Ahli Jawatankuasa KPM sesi 2010/2011
Patahkan Tumbuh, Hilangkan Berganti. Itulah kata-kata perpisahan Ahli Jawatankuasa Kelab Pengajian Melayu sesi 2010/2011. Namun yang tumbuh takkan sama dengan yang patah, dan yang berganti takkan sama dengan yang hilang. Tetapi setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Seluruh warga Kelab Pengajian Melayu mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua Ahlli Jawatankuasa kerana telah memberi sumbangan dari segi masa, idea dan tenaga dalam menjayakan setiap program yang ada. Semoga kenangan yang telah sama dilalui akan tetap terpahat di hati kalian semua.