![]() |
| Saudara Mohamad Norzaharudin Yang Di Pertua, KPM |
Assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera dan Salam 1 Kelab Pengajian Melayu. Pertama sekali saya ucapkan syukur Alhamdulillah dan tahniah kepada semua pelajar yang bernaung di bawah pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (PPBKKM) sama ada pelajar tahun 1, 2 atau 3 kerana telah berjaya menamatkan peperiksaan akhir semseter 1 sesi 2011/2012 dengan jayanya.
Saya percaya anda semua telah membuat segala yang terbaik dan sehabis mungkin untuk diri sendiri dalam menjawab peperiksaan akhir tersebut. Semoga kita semua akan memperolehi keputusan yang cemerlang. Oleh itu sempena cuti semester yang bakal tiba ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang bernaung di bawah pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu.
Kepada mereka yang balik bercuti menggunakan kenderaan sendiri berhati-hati di jalan raya dan sila amalkan pemanduan berhemah untuk kesenangan diri kita sendiri dan orang lain. Manakala kepada siswa dan siswi yang berada di tahun 3 manfaatkan cuti semester anda kali ini dengan sebaiknya dengan menyiapkan latihan ilmiah. Kepada yang lain jangan terlalu leka dengan cuti semester ini sehingga lupa untuk semester yang akan datang. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada mahasiswa dan mahasiswi berbangsa Cina.
Salam takzim dan selamat bercuti!
















